Wednesday, October 20, 2010

Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF memperkasa anak-anak gadis berjuang menentang AIDS


Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF memperkasa anak-anak gadis berjuang menentang AIDS© UNICEF Malaysia/2007


Oleh Azah Yasmin Yusoff dan Indra Nadchatram

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2008 – Lebih dari 1,000 orang anak gadis dan wanita dari serata Malaysia telah bertemu baru-baru ini dengan semangat dan perkasa untuk bersatu menentang AIDS.

Dengan sokongan yang diberikan oleh Kelab Bola Sepak Manchester United melalui program ‘Bersatu untuk UNICEF’ dan rancangan TV Malaysia yang inovatif ‘3R’, Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF telah diadakan buat kali keduanya untuk membantu anak-anak gadis dan wanita agar dapat mengawal kembali hidup mereka dan kekal selamat dari HIV.

Maria Kamal, 18 tahun, telah bermain futsal (sukan satu versi bola sepak dengan hanya 5 orang pemain setiap pihak) semenjak berusia 5 tahun. Baginya, permainan ini adalah lebih dari sekadar bekerja di dalam satu pasukan dan persaingan yang tinggi.

“Saya amat menggemari bermain futsal kerana ia telah membantu saya bersosial dengan orang ramai dan juga untuk menunjukkan kepada budak-budak lelaki di kawasan rumah saya, dan bagi mereka yang mengenali saya, walaupun saya seorang perempuan, saya juga boleh bermain dengan lebih baik dari mereka ataupun lebih kurang sama,” kata Maria.

Sikap serta pengalaman sebeginilah yang ingin dipupuk di kalangan anak-anak gadis dan wanita di Malaysia oleh UNICEF.

No comments:

Post a Comment